Bismillah . Alhamdulillah , Sehingga hari ini 13 / 1/ 2014 , sudah hampir 2 bulan selepas penubuhan Kedai Indahnya Berpurdah semenjak ditubuhkan secara rasminya pada 26 November 2013 yang lepas .
Mesti ada yang tertanya tanya di mana letaknya kedai ni , kan ? Untuk pengetahuan semua , kedai ini beroperasi hanya secara atas talian sahaja setakat ini . InsyaAllah jika diizinkan Allah , kami akan cuba membuka sebuah Kedai InDaHnYa berPurdah secara fizikal pada tahun ini (2014) . Doakan kami agar terus maju .
Mungkin ada yang tertanya-ii , apa tujuan utama kami menubuhkan kedai ini ?
Antara Objektif utama penubuhan kedai ini ialah :
a ) Menyalurkan 80% keuntungan Kedai InDaHnYa berPurdah untuk program-program usrah & dakwah yang bakal digerakkan secara langsung di seluruh Malaysia pada tahun ini ( 2014 ),insyaAllah .
b ) Menyalurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan
Jadi secara tidak langsung , jika anda merupakan salah seorang pelanggan KIB , maka anda adalah antara pelanggan yang bertuah. InsyaAllah kalian telah pun bersama-sama kami mengumpul saham akhirat kerana setiap hasil keuntungan daripada pembelian kalian akan kami gunakan untuk gerak kerja dakwah nanti..Semoga Allah mengurniakan kepada kalian ganjaran pahala yang berlipat ganda.."Membeli sambil beramal, mudah.. kalian cuma perlu memberikan sokongan kepada kedai kami...Barang anda dapat... InsyaAllah pahala pun anda dapat :)
InsyaAllah , pelbagai jenis barangan yang kami jual dengan harga yang amat berpatutan dan kualiti yang terbaik . Jadi kepada yang ingin membeli sambil beramal bolehlah kunjungi kedai kami secara online di :
Facebook : Kedai InDaHnYa berPurdah @ https://www.facebook.com/kedaiIB
Antara barang-ii dikedai kami :
- Niqob
- Stoking Mesir/Stoking Sepit
- Handsock
- Shawl labuh
- Abaya kanak-ii
- Abaya Dewasa
- Tudung Koshibo
- Tudung Mesir
- Tudung Bawal
- Tudung Akel
Sekian terima kasih . Moga Allah rahmati kita semua . amiiin .


No comments:
Post a Comment